Sukma 2018: Perak terima tajaan lebih RM10 juta
IPOH â" Kerajaan Perak menerima tajaan lebih RM10 juta daripada pelbagai agensi sebagai persediaan bagi penganjuran Sukma Perak 2018 yang dijadualkan berlangsung mulai 11 hingga 22 September depan.
Exco Kerajaan Negeri, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, kesemua penajaan berkenaan secara tidak langsung memberikan gambaran terhadap semangat yang ditunjukkan penaja khususnya dalam usaha membangunkan sukan di negeri ini.
âInilah semangat yang perlu diteruskan dalam kita bangunkan sukan. Selain itu, ia persediaan kita untuk sambut ketibaan 14 kontinjen termasuk dari Brunei dan dijangka seramai 8,000 atlet serta 4,000 pegawai pengiring akan hadir sempena Sukma kali ini.
âIni tidak termasuk peminat dari dalam dan luar negara. Terima kasih kepada semua penaja serta pihak yang terlibat,â katanya.
Hasnul berkata demikian semasa mewakili Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu sempena Majlis Pelancaran Penaja Rasmi Sukma XIX Perak 2018 di gedung beli belah terkemuka, Ipoh Parade petang tadi.
Difahamkan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) muncul selaku penaja paling besar bagi Sukma Perak 2018 dengan nilai tajaan RM4.4 juta diikuti, Al-Ikhsan (RM3.2 juta), TM (3.07 juta) dan Tan Chong Motors yang akan menyumbang 68 kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi temasya sukan dwi tahunan berkenaan.
Mengenai beberapa gelanggang yang masih belum siap, Hasnul berkata, kesemua gelanggang berkenaan dijangka siap sebelum 30 Ogos ini.
âAda sedikit lagi venue kita yang belum siap dan sebelum 30 Ogos ini harap dapat disiapkan seperti di Kerian bagi acara bola sepak selain dewan badminton sebelum kita serahkan kepada pihak sekretariat.
âBagi acara berbasikal pula, kita dah dapat sijil untuk gunakan velodrom sempena Sukma kali ini,â katanya.
Sementara itu, Ketua Pemasaran Al Ikhsan Sports Sdn Bhd, Mizal Ghazali berkata, sebanyak 60 cawangan Al-Ikhsan di seluruh negara akan menjual rasmi sempena Sukma XIX.
âDi Perak kita ada 11 premis Al-Ikhsan yang menjual produk rasmi Sukma XIX ini. Antara produk rasminya adalah seperti baju polo, kolar bulat, mainan berupa maskot Sukma XIX yang dijual pada harga RM79, RM59 dan RM29,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment