Suami isteri dibelasah, dipaksa minum air kencing

Wednesday, August 1, 2018

Suami isteri dibelasah, dipaksa minum air kencing

Suami isteri dibelasah, dipaksa minum air kencing

BHOPAL - INDIA. Gara - gara berkahwin tanpa restu keluarga, sepasang suami isteri dari Alirajpur, Madhya Pradesh, dibelasah dan dipaksa minum air kencing.

Pasangan suami isteri terbabit, masing-masing berusia 23 tahun dan 21 tahun dilaporkan berkahwin pada Mei lalu meskipun mendapat tentangan ibu bapa pengantin perempuan.

Bagi meredakan kemarahan keluarga mentuanya, pemuda berkenaan memberikan wang tunai berjumlah Rs. 70,000 (RM4,141) serta dua ekor kambing.

Pemberiannya diterima pihak perempuan namun pasangan muda terbabit kemudian diserang.

Menurut seorang pegawai polis tempatan, Vikas Kapis, pasangan itu melarikan diri ke Gujerat selepas berkahwin, namun kembali beberapa minggu kemudian dan menetap di rumah bapa saudara pemuda tersebut.

Perkara itu diketahui keluarga pihak perempuan yang kemudian bertindak menculik pasangan terbabit pada jam 4 pagi waktu tempatan, pada 25 Julai lalu.

Kedua-dua mangsa mendakwa penyerang mengacukan pistol sebelum membelasah mereka.

Rakaman video yang diambil salah seorang penyerang menunjukkan pemuda berkenaan diikat pada sebatang tiang, manakala isterinya duduk menangis setelah rambutnya digunting serta pakaiannya dilucutkan.

Penyerang menegaskan tindakan mereka adalah sebagai hukuman kepada pasangan terbabit kerana mencemarkan maruah keluarga.

Sehubungan itu, aduan polis dibuat mangsa terhadap bapa pengantin perempuan, dua bapa saudaranya serta tiga individu lain.Setakat ini, dua individu telah diberkas bagi tujuan siasatan.- NDTV



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment