Petisyen PRK Dun Rantau ditetapkan 8 Ogos ini
SEREMBAN - Petisyen pilihan raya calon PKR bagi kerusi Dun Rantau, Dr S Streram ditetapkan pada 8 Ogos ini di MahÂkamah Tinggi Seremban.
Petisyen yang memoÂhon pengisytiharan kemenangan tanpa bertanding calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi itu tidak sah dikemuka pada 23 Mei lalu.
Calon PKR itu juga yakin PRK bagi Dun itu dijangka diadaÂkan Âhujung tahun ini.
"Saya yakin kita menang petisyen itu dan mungkin NovemÂber atau Disember tahun ini pasti ada PRK bagi Dun Rantau.
"Apa pun kita tunggu keputusan dan saya yakin berpihak kepada kita," katanya pada sidang media selepas perÂkenal calon Rembau yang bertanding pada pemilihan PKR akan datang, semalam.
Terdahulu, pada PRU14 lalu, Mohamad disahkan menang tanpa bertanding berikutan Streram gagal mengÂhantar borang penaÂmaan calon kerana tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan kerana tidak mempunyai pas SPR.
Streram yang diwakili peguam GP Sreekant, Muhammad Rafique Rashid Alo dan Sathia Stella berbuat demikian bagi memohon perintah mahkamah supaya memohon PRK diadakan di Dun Rantau.
Sementara itu, StreÂram yang akan bertanding jawatan timbalan ketua cabang Rembau pada pemilihan parti PKR bulan depan berkata, beliau bersama pasukan mampu beri khidmat terbaik kepada parti dan ahli.
âPasukan kami ada berlatar belakang doktor, peguam, ahli perniaÂgaan dan bekas guru.
"Kami akan jadi kumÂpulan penÂdesak kepaÂda peÂmimÂÂÂpin berÂkenaan apa sahaja isu yang bawa kebaikan kepada rakyat,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment