Patutlah Neelofa, Zahirah Dan Ayda Jebat Tergila-Gilakan Sangat, Canggih Rupanya
Selepas pelancaran Oppo Find X baru-baru ini, kini Oppo Malaysia sekali lagi mengeluarkan satu produk yang menarik perhatian selebriti terkenal tanah air.
Kecanggihan Oppo F9 yang memukau, membuatkan selebriti seperti Ayda Jebat, Neelofa, Zahira Macwilson dan Elfira Loy jatuh cinta pandang pertama dengan setiap perkara yang dimiliki oleh telefon keluaran terbaru Oppo ini.
Yalah mana tidaknya sebagai seorang selebriti terkenal semestinya ingin berkongsi gambar bersama peminat melalui media sosial dan Oppo F9 buatkan mereka ‘cair’ dengan setiap gambar yang di ambil.
Nak tahu apa yang hebatnya Oppo F9 ini? Jom ketahui 4 kelebihan Oppo F9.
1. Miliki VOOC Flash Charge
Pastinya Oppo F9 ini turut digemari oleh peminat setia kaki travel yang sentiasa ingin merakamkan memori terindah mereka ketika melancong.
Seperti mana yang dilakukan Neelofa apabila melancong ke tempat orang. Bukan Neelofa sahaja tau yang sentiasa menjadikan Oppo F9 sebagai telefon pintar kegemarannya.
Zahirah Macwilson, Ayda Jebat dan Elfira Loy juga gemar dengan telefon keluaran terbaru Oppo ini. Mana tidaknya, Oppo F9 ini dapat mempercepatkan lagi proses pengecasan yang lebih pantas daripada pengecasan biasa.
Jika anda perasaan selebriti-selebriti terkenal ini sering berkongsi gambar mereka setiap detik tanpa risau keadaan beteri telefon.
Tambah lagi, mereka merupakan seorang selebriti yang sentiasa sibuk dalam hal kerjaya untuk membalas email, berkongsi gambar bersama perminatnya dan sebagainya.
Menarik lagi, Oppo F9 ini boleh membuat panggilan selama 2 jam hanya dengan tempoh pengecasan 5 minit sahaja.
Cuba bayangkan bagaimana pantasnya pengecasan Oppo F9 dilakukan disebabkan ia memiliki VOOC Flash Charge.
Bukan itu sahaja tau, telefon pintar keluaran Oppo ini juga mempunyai lima lapisan perlindungan di setiap litar voltan yang terdapat di bahagian dalamnya.
Lebih menarik, anda juga boleh menggunakan telefon semasa pengecasan dan tidak perlu mematikan telefon semasa charge hanya untuk mempercepatkan proses pengecasan seperti telefon lain.
2. Rekaan Skrin Berbentuk Titisan Air
Ternyata Oppo F9 merupakan satu keluaran yang unik apabila memiliki rekaan skrin berbentuk titisan air ( waterdrop) seperti air terjun.
Dilengkapi dengan skrin yang mempunyai takuk berbentuk air yang diletakkan di bahagian kamera hadapan, rupa yang agak sama dengan Essential Phone ini mampu membuatkan anda terpegun dengan kehebatanya.
Ini juga menjadi salah satu sebab Neelofa mengemari Oppo F9 kerana ianya mempunyai nisbah skrin kepada rangka yang amat tinggi iaitu 90.8%.
Hadir dalam tiga warna kemasan Starry Purple, Twilight Blue dan Sunrise Red.
Sunrise Red yang menjadi kegilaan Neelofa kerana ianya melambangkan semangat keberanian dan keyakinannya sebagai seorang selebriti.
Twilight Blue mengetengahkan kemasan pada bahagian belakang seperti kelopak bunga, manakala Starry Purple pula memiliki kemasan seperti bintang di langit.
3. Dwi Kamera Belakang dan Kamera Hadapan
Jika dibandingkan dengan telefon pintar keluaran Oppo sebelum ini, Oppo F9 merupakan model pertama siri F yang hadir dengan teknologi dwi-kamera dibahagian belakang.
Memiliki 16mp+2mp di bahagian kamera belakang melengkapkan lagi gambar anda menjadi persis seorang model. Bukan itu sahaja, ia juga memiliki mod artistic portrait pada kamera belakang.
Tidak ketinggalan kemera bahagian hadapan juga hadir dengan 25mp yang dilengkapi dengan mod A.I. dan Beauty 2.1.
Ini juga boleh dianggap sebagai pasukan makeup Neelofa. Yalah mana tidaknya sebagai seorang selebriti seharusnya ia ingin kelihatan menawan dan sentiasa cantik.
Jadi dengan kehadiran dwi kamera Oppo F9 ini melengkapan lagi gambar selfie Neelofa dan tidak ketinggalan juga menjadi kegilaan Zahirah Macwilson, Ayda Jebat dan juga Elfira Loy.
Dimana mereka sentiasa menjadikan telefon pintar Oppo F9 sebagai rakan baik mereka ketika selfie.
4. Mempunyai Pelbagai Kesan Pencahayaan
Tidak ketinggalan dengan teknologi yang membantu gambar anda kelihatan lebih cantik dan tepat pada kedudukan dalam gambar, Oppo F9 hadir dengan lima teknik pencahayaan.
Antaranya Bi colour light, Natural light, Feature light, Rim light, dan Portrait light.
Setiap pencahayaan yang terdapat pada Oppo F9 ini memiliki fungsinya yang tersendiri yang akan membantu memberi pencahayaan warna neon pda wajah, mecerahkan kulit untuk menjadikan gambar lebih jelas dan sekaligus menjadikan gambar selfie anda lebih cantik dan semulajadi.
Oppo F9 yang bakal dilancarkan 16 Ogos ini akan memberikan anda hadiah yang lumayan sekiranya anda berkongsi secara langsung perasmian Oppo F9 daipada Facebook offical Oppo sendiri.
Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan (pre-order) telefon pintar Oppo F9 terlebih dahulu di laman rasmi Oppo.
Jadi apa tunggu lagi, jom bergaya dengan kemewahan OPPO F9.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment