Perkara itu diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam ini.
Turut hadir, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Pas dan Datuk Takiyuddin Hassan.
PRK Seri Setia diadakan selepas penyandangnya yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia pada 2 Ogos lalu akibat kanser usus.
Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) lalu, Shaharuddin menang besar selepas memperolehi 29,250 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Yusoff M. Haniff (9,878 undi), calon Pas, Mohd. Ghazali Daud (4,563 undi) dan calon bebas S. Vigneswaran (217 undi).
BN sebelum ini memutuskan untuk memberi laluan kepada Pas bertanding di Seri Setia sebagai membalas kesediaan Pas yang terlebih dahulu berbuat tindakan serupa di DUN Sungai Kandis. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment