Operasi diperluaskan lima km persegi

Thursday, August 16, 2018

Operasi diperluaskan lima km persegi

Operasi diperluaskan lima km persegi

KUALA LIPIS - Operasi pencarian pembantu hidupan liar Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) , Tamizi Ahmad Japli, 30, yang hilang selepas terlibat dalam kajian populasi harimau di kawasan Taman Negara Sabtu lalu diperluaskan kepada lima kilometer persegi dari kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Penguasa Taman Negara Pahang, Allan Rodrigo Balang berkata, setakat ini seramai 63 anggota membabitkan 32 kakitangan Perhilitan,13 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA),9 anggota bomba,3 anggota polis,3 pemandu arah gunung Taman Negara Kuala Tahan dan 3 Orang Asli terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

[ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ketika kumpul data harimau]

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu ahli keluarga mangsa yang berada di sini (Kuala Lipis) diberi penempatan khas oleh Perhilitan untuk berehat sementara operasi pencarian dijalankan.

"Ibu bapa, isteri dan empat anaknya kami tempatkan di rumah rehat di sini untuk mereka berehat memandangkan emosi mereka masih tidak stabil berikutan kehilangan anak dan suami.

"Kami juga tidak mahu perkara tidak dingini berlaku, jadi kami letakkan mereka di tempat yang selesa untuk berehat sepanjang operasi pencarian ini dijalankan," katanya.

Bagaimanapun, ahli keluarga terbabit tidak bersedia untuk bertemu media buat masa ini.

Tamizi dipercayai hilang selepas disedari terpisah dari rakannya ketika mengumpul data kamera  dengan menggunakan laluan masuk di Felda Kechau 11, Kuala Lipis.

Seramai tujuh individu terbabit dengan aktiviti itu termasuk mangsa dan dijangka keluar semula pada 19 Ogos.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment