Nasib Dr Nur Ilyani belum diputuskan

Monday, August 13, 2018

Nasib Dr Nur Ilyani belum diputuskan

Nasib Dr Nur Ilyani belum diputuskan

KOTA BHARU - Setakat ini Kementerian Kesihatan masih belum membuat kata putus berhubung isu melibatkan Dr Ilyani Mohamed Nawawi.

Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun perkara tersebut tidak senyap begitu sahaja dan ia berada dalam pemerhatiannya.

“Kita tidak boleh buat apa-apa lagi ketetapan tentang perkara tersebut sebab belum ada perbincangan.

“Dia (bekerja) macam biasa. Itu pandangan peribadinya saya pun sudah sebut dengan jelas,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pandangan pelbagai pihak yang mahukan Dr Nur Ilyani tidak dikenakan tindakan tegas kerana menulis surat terbuka menegur aktivis Datin Marina Mahathir berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), baru-baru ini.

Terdahulu Dr Dzulkefly merasmikan Seminar Perubatan Integratif Ke Arah Kelestarian Kesihatan di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian.

Hadir sama, Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin.

Sebelum ini, Dr Nur Ilyani dikatakan bakal dikenakan tindakan tatatertib selepas pihak tertentu mengadu kepada Biro Pengaduan Awam susulan surat terbukanya di Facebook pada 6 Ogos lalu.

Susulan isu tersebut juga solidariti untuk pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II itu diwujudkan sebagai sokongan kepada beliau.

Difahamkan ketika ini Dr Nur Ilyani sedang bercuti di luar negeri selama empat hari bermula semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN : Gara-gara utus surat kepada Marina, doktor diadu kepada BPA ]

[ARTIKEL BERKAITAN : Petisyen solidariti untuk Dr Nur Ilyani diwujudkan ]



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment