Malaysia tewas kepada Indonesia aksi sulung bola baling
SKUAD bola baling wanita negara memulakan kempen Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dengan langkah sumbang setelah tewas 15-23 kepada tuan rumah, Indonesia pada aksi pembukaan Kumpulan B di GOR Popki Cibubur, Jakarta, Indonesia, hari ini.
Pada aksi berkenaan, Malaysia memberikan saingan sengit namun ketinggalan 9-12 pada separuh masa pertama perlawanan, demikian menurut laman sesawang Sukan Asia 2018; www.en.asiangames2018.com.id.
Indonesia yang mendapat sokongan padu penyokong mereka, mengesahkan kemenangan setelah menambah 11 lagi mata berbanding skuad negara yang mengutip enam mata tambahan pada babak kedua perlawanan.
Malaysia berdepan ujian getir selepas ini menentang pemenang pingat perak edisi 2014, Jepun pada aksi kedua pusingan awal, 19 Ogos ini.
Skuad lelaki negara yang diaibkan dengan kekalahan besar 11-64 kepada juara Asia, Qatar, pada aksi pembukaan Kumpulan A, semalam, akan turun berdepan Iran pada perlawanan kedua, esok.
Acara bola baling yang membuka gelanggang semalam, akan berakhir pada 31 Ogos dengan menawarkan dua pingat emas. รข" Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment