Sebelum ini ada segelintir pihak mendakwa rumah banglo mewah milik Datuk Seri Aliff Syukri yang diduduki oleh jutawan kosmetik Nur Sajat hanya disewa sahaja dan bukannya dibeli.

Namun baru-baru ini, Sajat mendedahkan kos renovasi rumah yang dibeli olehnya pada Januari tahun lalu itu menelan belanja hampir RM700,000.


BACA: Gudang Diserbu Penguatkuasa, Netizen Minta Sajat Bertaubat


“Kos itu tidak termasuk di bahagian tingkat atas rumah, hanya tingkat bawah sahaja.

“ Bentuk rumah masih dikekalkan cuma konsep saja yang ditukar. Kalau anda boleh lihat saya tukarkan wallpaper, perabot, langsir, hiasan dalaman mengikut cita-rasa saya,” katanya kepada Xtra.



Sajat juga menegaskan rumah mewah yang mempunyai 10 bilik itu adalah miliknya dan tidak mungkin dia sanggup  menghabiskan sehingga ribuan ringgit untuk mengubah suai rumah sewa.

“ Saya buat pinjaman bank untuk pembelian rumah ini. Untuk yang mengata saya di luar sana, secara logiknya takkanlah saya renovasi rumah sampai RM 700,000 untuk rumah sewa. Tak masuk akal kan?,” katanya lagi.