Khazanah syarikat GLC, bukan GLIC
SHAH ALAM - Khazanah Nasional Berhad merupakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan bukan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC).
Pensyarah Kanan Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini kerana semua modal saham Khazanah dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan kecuali satu saham yang dipegang oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Menurutnya, berbeza dengan GLIC pula adalah, syarikat tersebut kerana kebanyakan saham dan modal yang digunakan untuk tujuan pelaburan datangnya daripada orang awam berbanding kerajaan.
âBagi Khazanah saham dan modal pelaburannya datang dari kerajaan (Menteri Kewangan Diperbadankan) dengan terbitan bon atau sukuk dengan diberi mandat untuk membuat pelaburan strategik,â katanya kepada Sinar Harian.
Kelmarin, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik menjadi Pengerusi Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang baharu.
Kenyataan itu turut mengumumkan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah yang lain iaitu Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Pengarah bersama Tan Sri Mohd Hassan Marican.
[ ARTIKEL BERKAITAN:Dr Mahathir dilantik Pengerusi Khazanah]
[ ARTIKEL BERKAITAN: Lembaga Pengarah Khazanah letak jawatan ]
Pelantikan Dr Mahathir itu menjadi perdebatan umum kerana ia bertentangan dengan Manifesto PH yang menyatakan tiada lantikan politik di mana-mana sektor GLC.
Tidak kurang juga ada pihak mempertahankan pelantikan Dr Mahathir dengan mendakwa Khazanah adalah sebuah syarikat GLIC dan ia tidak bertentangan dengan Manifesto PH.
Mengulas lanjut, Ahmed Razman berharap, pelantikan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Khazanah bersifat penasihat kepada pengarah urusannya yang bakal dilantik nanti.
âPandangan saya biar Dr Mahathir memainkan peranan sebagai penasihat seperti mana beliau ketika dalam Proton dan Petronas. Seboleh-bolehnya biarlah Khazanah di ketuai pengarah urusannya mengendalikan aktiviti pelaburan strategik dengan sepenuhnya.
âSaya harapkan begitu kerana banyak isu ekonomi yang ditangani beliau. Khazanah telah menunjukkan prestasi baik dengan aset bernilai RM157 bilion. Dengan kehadiran Dr Mahathir diharapkan prestasi Khazanah bertambah baik.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment