Isteri hadiahkan suami motosikal

Friday, August 17, 2018

Isteri hadiahkan suami motosikal

Isteri hadiahkan suami motosikal

SHAH ALAM - Bersyukur dengan apa yang ada, itulah harga yang perlu dibayar apabila sebulat hati menerima pasangan masing-masing dalam alam rumah tangga.

Pengorbanan dan kesetian dizahirkan pada setiap pasangan melayari bahtera dan ini dibuktikan oleh si isteri apabila membuat kejutan kepada suaminya dengan menghadiahkan sebuah motosikal baharu  Yamaha125Z bagi menggantikan EX5 suaminya berusia 21 tahun sempena 16 tahun perkahwinan.

Wanita dikenali Dahlia Suhaida telah memuatnaik paparan gambar dan video kejutan di laman sosial facebooknya hingga tular di media sosial.

"Surprise untuk awak yang dah 21 tahun setia dengan EX5 dan saya.

"Awak dan saya dah biasa hidup biasa biasa saja, pakai apa yang ada seadanya. Bermewah-mewah bukan cara kita," katanya.

Menceritakan kembali detik percintaan, mereka mula berkenalan 1997 dan suaminya  setia dengan motosikal EX5 sejak 1996.

"Setahun sebelum dating tahun 1996 awak dah beli moto EX5 tu. Tahun 1997 kita dating masa tu saya baru tingkatan tiga, aduhai awal betul berdating. Umur 19 tahun sudah kahwin, Sampai sekarang lima tahun bercinta 16 tahun dalam perkahwinan, Alhamdulillah awak setia dengan EX5 tu dan saya," katanya.

Dahlia juga menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada suaminya kerana telah menjadi suami, ayah yang hebat untuknya dan anak-anak.

"Sejak akhir ini, EX5 tu selalu semput, nak naik bukit pun kemut kemut macam kentut tak lepas. Mana nak ambik anak sekolah, nak hantar barang, nak rempit sana sini beli bahan mentah untuk produk spa.

"Bukan tidak ada kereta tapi awak kan jiwa 'ride', jadi saya belikan motosikal baharu ini untuk awak. Motosikal je baru tau, bini mantap boleh boh gear turbo lagi...," selorohnya.

Dalam pada itu, paparan gambar dan video telah menarik para pembaca media sosial hingga mendapat pengkongsian lebih 3,000 dan 5, 200 'like' serta maklumbalas hampir cecah 2,000.

Alahai bahagianya pasangan ini, moga kekal hingga ke jannah.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment