Hapus tol, kerajaan masih teliti

Thursday, August 2, 2018

Hapus tol, kerajaan masih teliti

Hapus tol, kerajaan masih teliti

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membuat kajian terperinci sebelum melaksanakan penghapusan tol seperti terkandung dalam manifesto PH.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, ini kerana pelaksanaannya akan memberikan kesan kepada keupayaan kewangan negara.

“Kerajaan pada masa kini masih meneliti cadangan penghapusan kutipan tol berperingkat kerana ia melibatkan implikasi besar terhadap faktor kewangan negara. Dalam

masa sama, kerajaan perlu menjaga kepentingan semua pihak termasuk pemegang konsensi, pelabur dan pemberi pinjaman.

“Sehubungan itu, semua isu berkaitan penghapusan tol, implikasi dan jumlah tol

akan dimuktamadkan setelah kementerian berbincang dan mendapat nasihat daripada agensi pusat yang lain iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara,” katanya ketika ucapan penggulungan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: 100 hari belum cukup hapuskan tol]

Katanya, jumlah keseluruhan pengambilalihan lebuhraya bertol dijangka menelan kos RM400 bilion.

“Berdasarkan kenyataan kerajaan sebelum ini, kos keseluruhan pengambilalihan lebuhraya bertol dianggarkan RM400 bilion. Dijangka pemansuhan tol secara serentak akan memberi kesan kepada keupayaan kewangan kerajaan pada masa ini,” katanya.

Menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) sama ada kerajaan akan meluluskan konsesi tol baharu, Baru memberi jaminan tiada perkara sedemikian.

"Kalau itu (tol) adalah yang baharu atau yang belum bina, saya berikan satu kepastian, kita tak akan teruskan,” katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment