Wang, yang menyandang jawatan Kaunselor Majlis Negara dan Menteri Luar China, mengunjungi Dr. Mahathir di Perdana Putra dalam rangka lawatan kerja dua hari beliau ke Malaysia, bermula semalam.
Pada pertemuan selama kira-kira 90 minit itu, Dr. Mahathir dan Wang juga mengadakan perbincangan tentang isu dua hala dan serantau, di samping perkara berkaitan pelaburan dan pengangkutan.
Turut hadir, Duta Besar China di Malaysia, Bai Tian.
Semalam, Wang mengunjungi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah di Wisma Putra dan mengadakan perbincangan selama hampir tiga jam tentang isu dua hala dan serantau.
Wang berkata, kunjungan beliau ke Malaysia bertujuan mengatur persiapan bersama-sama rakan sejawatannya di Malaysia berkaitan lawatan rasmi Dr. Mahathir ke China pada pertengahan Ogos.
Wang pernah berkunjung ke Malaysia pada 2013 dan 2015 ketika menyandang jawatan Menteri Luar China.
Ini adalah lawatan pertama beliau ke negara ini setelah dinaikkan pangkat sebagai Kaunselor Negara bagi Majlis Negara pada Mac tahun ini.
Menurut laporan, dalam hierarki kuasa di China, Kaunselor Negara adalah jawatan diplomatik paling tinggi. – BERNAMA
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment