Maut rempuh treler

Tuesday, October 31, 2017

Maut rempuh treler

Maut rempuh treler

BAGAN SERAI: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggang merempuh belakang treler di Kilometer 181, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, berhampiran Plaza Tol Alor Pongsu di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar, berkata mangsa, Muhamad Hazrul Hafiz Khamis, 22, berasal dari Kampung Kedah, dekat sini, disahkan oleh petugas paramedik maut di tempat kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan siasatan masih diteruskan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Abdul Nasir Jalil, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian dari orang awam sekitar jam 6.54 pagi, sebelum anggota dari balai berkenaan dengan dibantu anggota BBP Parit Buntar ke tempat kejadian.

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 ditunggang seorang lelaki merempuh belakang sebuah treler yang menyebabkan mangsa maut.

"Mayat mangsa yang terlekat pada treler, dikeluarkan oleh orang awam dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Pihak bomba kemudian bertindak mengeluarkan motosikal mangsa yang melekat pada treler berkenaan menggunakan peralatan khas dan operasi ditamatkan pada jam 7.21 pagi," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment