MPV terbabas, 4 pelajar maut

Monday, October 23, 2017

MPV terbabas, 4 pelajar maut

MPV terbabas, 4 pelajar maut

KOTA MARUDU: Empat pelajar maut, manakala lima cedera termasuk seorang parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas di Jalan Kanibongan Pitas, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, MPV jenis Toyota Avanza itu membawa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2 dikatakan terbabas selepas melanggar lubang di jalan raya.

Kesemua mangsa termasuk pemandu adalah pelajar Tingkatan Enam sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, berkata semua mangsa termasuk empat yang maut dihantar ke Hospital Pitas untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, pemandu kenderaan itu cedera ringan dan memiliki lesen memandu.

"Siasatan lanjut mengenai punca sebenar kemalangan ini masih dalam siasatan," katanya melalui kenyataan di sini, sebentar tadi.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment