'Perak kalah bermaruah'

Sunday, October 22, 2017

'Perak kalah bermaruah'

'Perak kalah bermaruah'

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) mengaku sedikit terkilan dengan kekalahan Perak pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor, kelmarin.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Puhat Md Nayan bagaimanapun berkata, Pafa tidak menyalahkan mana-mana pihak berhubung kekalahan itu.

Katanya, kekalahan Skuad The Bos Gaurus (TBG) itu disifatkan sebagai bermaruah dan menjadi pencetus semangat pasukannya untuk beraksi pada musim depan.

“Perak bermain amat baik semalam dan walaupun kalah, satu Malaysia menyaksikannya. Kita kalah tapi kalah secara bermaruah. Tahun depan kita kembali lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menyambut ketibaan pemain bola sepak Perak di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini, semalam.

Dianggarkan, lebih 200 penyokong bola menanti ketibaan pasukan negeri itu sebagai tanda sokongan kepada pemain-pemain.

Sementara itu, penyokong TBG, Ahmad Azmir Reza Ismail, 38, berkata, dia bangga dengan corak permainan TBG yang dapat memberi saingan hebat terhadap pasukan lawan.

“Kami yang turun dari Perak berpuas hati dengan aksi mereka dan ia sungguh berbaloi kerana kami nampak mereka bermain bersungguh-sungguh

“Pemain perak merupakan wira negeri dan penyokong akan terus beri sokongan terhadap pasukan itu,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment