"Cita-cita saya....jurutera automotif"
PEKAN-Bergelar wanita bukan penghalang bagi Adlina Syazlin Faizul menceburi bidang automotif yang biasanya dimonopoli kaum lelaki.
Berkat usaha dan tidak malu pada awalnya untuk mengakui dirinya kosong dalam bidang automotif, Adlina Syazlin,21 kelmarin mampu tersenyum apabila dinamakan sebagai penerima Anugerah Canselor pada Majlis Konvokesyen ke-5 universiti tersebut dengan Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.98.
Adlina Syazlin berkata, dia tidak melihatnya sebagai satu cabaran, kerana sentiasa dikelilingi oleh rakan lelaki yang âpositifâ di samping ingin membuktikan wanita juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki.
Menurutnya, minatnya mula berputik sejak melanjutkan pelajaran peringkat diploma dalam jurusan Teknologi Perkhidmatan Automotif di Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom.
âSaya mahu bergelar jurutera automotif, jadi saya rasa penting untuk tahu setiap bahagian dalam kereta, malah tak ada lesen memandu pun semasa mula mendaftar di sini.
âSemuanya saya belajar di bengkel. Awal-awal dahulu memang janggal, tapi pensyarah sentiasa beri galakan selepas melihat keazaman saya,â katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas majlis konvokesyen itu di sini, kelmarin.
Dalam pada itu, Adlina Syazlin yang berasal dari Bukit Jelutong, Shah Alam bersyukur kerana bapanya Faizul Kamaruddin, 59, sering berkongsi bahan bacaan berkaitan bidang automotif di laman media sosial.
âSaya kini sedang mengikuti kelas bahasa Jerman bagi memenuhi syarat untuk mengisi borang melanjutkan pelajaran ke negara itu dalam bidang kejuruteraan automotif.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment