Isu Hifz al-Din: Mujahid pertahan kenyataan
PARIT BUNTAR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya mengenai isu Hifz al-Din atau âmenjaga agamaâ sebagaimana dinyatakan dalam perbahasan Parlimen, minggu ini.
Sebaliknya, beliau membidas tindakan pihak tertentu cuba memutarbelitkan isu itu bagi menggambarkan kerajaan Harapan âlonggar, tidak komited serta bersikap liberalâ dalam menjaga kesucian dan martabat agama Islam.
Mujahid turut kesal dengan tindakan segelintir pihak cuba menyalah tafsir isu Hifzuddin dibangkitkannya kepada konteks kesamarataan agama, sedangkan perkara itu tidak pernah disebutkannya sebelum ini.
Menurutnya, tindakan pihak terbabit sebenarnya amat bahaya kerana mereka cuba menimbulkan kebencian antara agama.
âSaya yakin isu-isu sebegini akan dimainkan semula pada masa hadapan bagi menggambarkan kerajaan Harapan tidak menjaga kepentingan Islam dan hak istimewa kaum Melayu di negara ini.
âSelain itu, motif mereka membangkitkan perkara-perkara itu bukan secara konstruktif bagi mengetahui fungsi Hifz al-Din, tetapi berniat menjatuhkan kredibiliti dan memandang rendah kerajaan Harapan kononnya tidak komited kepada Islam.
âMengapa perlu saya menarik balik kenyataan mengenai satu perkara termaktub dalam ajaran al-Quran sendiri, bahawa ALLAH SWT melarang kita menghina serta mencaci maki agama dan Tuhan disembah penganut agama lain?,â katanya kepada media di sini hari ini.
Mujahid berkata, dalam ucapannya pada perbahasan Parlimen sebelum ini, beliau menegaskan Hifz al-Din turut bermakna kerajaan Harapan perlu menjaga agama lain dan pihaknya tidak faham mengapa perkara itu perlu disensasikan.
Mujahid turut menolak penafsiran khusus istilah Hifz al-Din hanya menjurus agama Islam, tetapi menegaskan agama Islam sendiri menyuruh umatnya menghormati agama lain,
âItu perkara asas yang jelas dan saya juga menegaskan tentang Perlembagaan Persekutuan yang ada peruntukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi penganut agama lain bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing.
âJadi saya minta perkara ini usah disensasikan lagi meskipun sudah banyak penjelasan diberikan sebelum ini.
âSeolah-olah saya membuat satu dosa besar sehingga saya dituntut tarik balik kenyataan, sedangkan penjelasan adalah mengikut tuntutan al-Quran sendiri,â katanya.
Terdahulu dalam satu kenyataan media, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendesak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jawapan berhubung kenyataan Mujahid mengenai isu âmenjaga agamaâ atau Hifz al-Din.
Katanya, kenyataan Mujahid berhubung isu berkenaan seharusnya menepati kaedah dipersepakati oleh ulama.
Oleh itu, katanya Mujahid perlu memperbetulkan kenyataannya atau menarik balik kenyataan tersebut.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment