SWM diarah bersih Pantai PD sebelum 8 pagi
SEREMBAN - Kerajaan negeri mengarahkan syarikat konsesi pembersihan SWM Environment Sdn Bhd melakukan kerja pembersihan pantai Port Dickson sebelum jam 8 pagi pada setiap hujung minggu.
Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, langkah itu bagi memberi keselesaan kepada orang ramai yang berkunjung ke pantai Port Dickson, terutamanya pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.
âKita nak pantai Port Dickson yang jadi tarikan ramai sentiasa berada dalam keadaan bersih dan cantik dan langkah membersihkannya pada waktu awal pagi sebelum ramai pengunjung datang adalah penting.
âKita tidak mahu lagi aktiviti pembersihan dimulakan selepas jam 9 pagi sehingga tengah hari seperti sebelum ini. Langkah itu sudah dimulakan minggu lalu dan kita berharap penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa,â katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Akademik dan Majlis Mesra Rakyat 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Datoâ Klana Putra, Lenggeng di sini, semalam.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) akan diberi nafas baharu supaya dapat memainkan peranan lebih penting dalam memajukan industri pelancongan di negeri ini.
Katanya, kalendar pelancongan yang disusun LPNS juga akan disemak semula dengan memberi tumpuan program yang mempunyai tarikan untuk disertai oleh pelancong luar bagi merancakkan industri pelancongan.
âAda yang mengatakan LPNS kurang berfungsi dan kita faham dengan keadaan itu kerana sebelum ini ramai kakitangannya berstatus kontrak. Kita akan buat perubahan dalam masa terdekat termasuk mewujudkan perjawatan baharu,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment