Bekas Adun tubuh NGO satukan rakyat Larut
BATU KURAU - Bekas Adun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Alias masih berusaha memberi perkhidmatan kepada masyarakat Parlimen Larut tanpa mengharapkan sebarang imbuhan walaupun sudah tidak bergelar wakil rakyat.
Melalui penubuhan sebuah NGO, Persatuan Muafakat Komuniti Larut (Pakat), Ahmad Hasbullah atau lebih dikenali âPak Langâ tekad untuk menyatukan kembali rakyat Parlimen itu yang dilihat kini agak berpecah akibat ideologi politik berbeza.
Hal itu didedahkan Pak Lang susulan keputusan PRU14 di Parlimen Larut menyaksikan dua daripada tiga kerusi Dun di situ buat pertama kali dalam sejarah, jatuh ke tangan Pas iaitu Dun Selama dan Kubu Gajah.
Menurutnya, penubuhan Pakat juga bertujuan merapatkan hubungan terutama generasi muda yang dilihat makin terhakis.
âMasyarakat jangan salah faham kerana Pakat bukan parti politik sebaliknya ia sebuah NGO yang mahu mengeratkan hubungan silaturahim antara orang Melayu dan Islam di sini.
âSaya mahu penyatuan dibuat supaya rakyat tidak berpecah dan pihaknya bimbang kerana generasi muda jika tidak dibendung boleh memudaratkan masyarakat,â katanya kepada media di sini semalam.
Pak Lang berkata, melalui penyatuan ini pihaknya tidak mengira ideologi bagi mereka yang mahu menyertai Pakat.
Menurutnya, Pakat bergerak dengan melaksanakan beberapa program kegemaran rakyat seperti majlis khatam al-Quran, membantu anak-anak yatim, ceramah perdana, takbir hari raya Aidilfitri membabitkan beberapa buah kampung baru-baru ini.
âSelain menjalankan projek amal seperti menjual pakaian seragam sekolah dan mengadakan pertandingan bola sepak, pihaknya turut menerima sumbangan dana daripada banyak individu prihatin.
âWalaupun tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak tetapi pihaknya menerima sambutan menggalakkan apabila program diadakan.
âKami akan terus melaksanakan program kemasyarakatan dari semasa ke semasa bagi mendekatkan golongan muda supaya mereka dapat disatukan dan bukan ditinggalkan dalam zaman era sekarang,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment