Lembu berkeliaran: Bila masalah nak selesai
SAUJANA UTAMA - Masalah lembu ternakan yang dibiarkan lepas di Jalan Persiaran Elmina, Saujana Utama, di sini menimbulkan rungutan pengguna jalan raya kerana ia boleh mengundang bahaya terutama kepada penunggang motosikal.
Keadaan lebih bahaya pada waktu malam dengan laluan yang berselekoh tajam.
Pengerusi Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Saujana Utama, Khairul Annuar Jalaluddin memaklumkan, pihaknya turut menerima rungutan sama dari penduduk setempat.
âJika disemak semula isu ini, laluan yang terlibat adalah kawasan Dun Paya Jaras tetapi penduduk Saujana Utama yang terpaksa menanggung risiko sama berikutan melalui jalan terbabit.
âIsu ni jadi rumit bila melibatkan dua PBT dan keadaan kawasan itu yang agak bahaya, kami bimbang insiden tidak diingini berlaku,â katanya kepada Sinar Harian.
Khairul Annuar berkata, isu lembu berkeliaran itu juga sudah dipanjangkan kepada wakil rakyat kawasan supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap pemilik haiwan ternakan itu.
âSepatutnya pemilik tidak membiarkan lembu lepas tanpa kawalan⦠sebab saya terima rungutan lembu tidur atas jalan sehingga mengundang bahaya kepada penduduk setempat," katanya.
Menurutnya, sebelum ini jalan keluar masuk yang gelap menambah kebimbangan penduduk yang terpaksa melalui jalan berselekoh tajam terbabit pada waktu malam.
âPenduduk risau nak lalu jalan tu malam-malam tapi alhamdulillah kerosakan lampu jalan sudah dibaiki selepas aduan dipanjangkan kepada PBT.
âPenduduk berterima kasih jalan dah terang cuma isu lembu masih belum dapat diselesaikan sehingga kini,â katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Rahilah Rahmat menjelaskan, MDKS mengambil maklum mengenai aduan kacau ganggu haiwan ternakan melibatkan kawasan Saujana Utama dan Desa Coalfield.
Pihaknya sudah mengeluarkan lapan notis kepada pemilik ternakan untuk memastikan haiwan ternakan mereka tidak berada di kawasan perumahan dan laluan jalan raya.
âMDKS juga mengenal pasti beberapa pemilik haiwan ternakan yang menyebabkan kacau ganggu tersebut dan sedang mengesan baki pemilik yang masih lagi ingkar.
âOperasi sitaan akan dijalankan dalam masa terdekat,â ujar beliau.
Menurutnya, kerjasama orang ramai turut diperlukan bagi melaporkan segera kepada MDKS jika melihat perkara ini berulang atau mempunyai maklumat pemilik ternakan yang ingkar.
âOrang ramai diingatkan bahawa seseorang yang membiarkan lembu dalam kawasan larangan adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 dan boleh didenda sehingga RM200.
âMDKS juga boleh mengurung lembu yang ditangkap dan disimpan di satu tempat atas risiko pemunya atau penjaga lembu sehingga belanja bagi tangkapan, kurungan dan memberi makan lembu itu sebanyak RM500 dalam tempoh tujuh hari dibayar, baharulah pemunya atau penjaga boleh menuntut kembali lembu itu.
âSeksyen 13 Enakmen yang sama memberikan kuasa kepada MDKS untuk menjalankan pendakwaan di mahkamah ke atas mana-mana pemunya, penjaga kerana melanggar mana-mana peruntukan di dalam enakmen tersebut,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment