Pemilik dusun rugi angkara gajah
KLUANG - Seorang pemilik dusun buah-buahan terpaksa tanggung kerugian lebih RM5,000 apabila hasil tanaman serta pagar di dusunnya dimusnahkan sekumpulan gajah liar sejak Rabu lalu.
Menurut pemiliknya, Homari Ali, 64, dusun yang terletak di Taman Desa Impian dekat sini, telah lama diusahakan sejak lebih lima tahun lalu.
Katanya, pokok tanamannya mula diserang gajah liar sekitar 2013, namun ia tidak sekerap awal bulan lepas.
âPada masa ini dusunnya sedang berbuah dan ini menyebabkan gajah liar bertambah kerap datang ke kawasan kebun saya ini.
âTaman Desa Impian ini rata-ratanya masih dikelilingi hutan dan hanya mempunyai tidak lebih lima kediaman di taman ini.
âMalah, selebihnya pemilik tanah mengusahakan tanaman kelapa sawit dan menanam pokok buah-buahan seperti yang diusahakan oleh saya.

âTapi sejak kebelakangan ini kewujudan gajah liar ini semakin kerap dan terbaru pada Subuh lepas yang mana sekumpulan gajah liar memusnahkan pagar di dusun saya,â katanya kepada Sinar Harian.
Homari berkata, dia sebenarnya tidak dapat menganggarkan kerugian yang dialami sejak 2013 kerana ianya terlalu banyak.
Katanya, pada tahun ini lebih RM5,000 beliau rugi selain tidak dapat merasa hasil tanaman yang ditanamnya itu.
âApa yang saya harap ada pihak yang dapat tampil membantu meringankan beban yang saya tanggung ini.
âMalah, saya harap ada agensi berkaitan untuk bantu saya menyelesaikan masalah yang saya hadapi ini,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment