Tempurung unik jadi pilihan

Monday, October 8, 2018

Tempurung unik jadi pilihan

Tempurung unik jadi pilihan

PASIR PUTEH - Tempurung kelapa yang lazim dijadikan bekas untuk mengisi bubur asyura suatu masa dahulu dijadikan syarat bagi membolehkan ahli alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut  (Ex Sementoja 1971-75) menikmati makanan tersebut.

Presiden ExSementoja 1971-75), Azmi Abdul Rahman berkata, bukan itu sahaja, bekas daripada tempurung itu juga mesti cantik.

Katanya, program bubur asyura kelab alumni tersebut tahun ini berbeza dan mencabar kreativiti setiap ahli.

“Orang dulu-dulu memang makan asyura dalam tempurung yang mana sementara menunggu asyura masak, tempurung dibersihkan dan diukir cantik.

“Kita hidupkan tradisi itu dengan mengadakan pertandingan tempurung cantik dan sambutannya amat menggalakkan,” katanya.

Tempurung cantik dinilai dan diberikan.markah oleh pengadil.

Menurutnya, Bendahari Masjid Ibrahimi, Abdullah Taib diberi kepercayaan mengadili pertandingan.

Katanya, kebanyakan ahli kelab merupakan pesara kerajaan yang sememangnya berkesempatan melalui pengalaman membuat bekas tempurung.

“Apa yang mereka buat hari ini sebenarnya sudah dilakukan pada masa dahulu, mereka hanya perlu mengingat kembali kaedah mencantikkan tempurung.

“Jelas kepada kita daya kreativiti ahli masih tinggi  dan kita perlu mengakui masyarakat kita memiliki kemahiran dalam menghasilkan produk kraf yang berseni,” katanya.

Antara tempurung yang dihias dan diukir cantik oleh ahli ExSementoja 1971-75.

Azmi berkata, peserta dibenarkan menghasilkan aksesori tambahan seperti sudu dan garpu dari bahan yang sama.

Katanya, berdasarkan sambutan baik, pertandingan tempurung cantik akan dikekalkan dalam acara tahunan itu.

“Kita akan kekalkan pertandingan ini, bukan sahaja untuk menguji kreativiti malah sebagai usaha mendedahkan tradisi lama ini kepada generasi baharu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment