Lagi video ahli politik tunjuk kuasa jadi tular

Friday, October 12, 2018

Lagi video ahli politik tunjuk kuasa jadi tular

Lagi video ahli politik tunjuk kuasa jadi tular

KUCHING - Video bekas Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan bertegang urat dengan anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kembali tular di media sosial pada Jumaat.

Menerusi video itu, Julian kecewa kerana anggota polis bertugas enggan membenarkannya melepasi had kawasan larangan lapangan terbang.

Memetik laporan MStar, kejadian berlaku pada 9 April 2016 apabila ahli DAP, Ooi Leng Han dihalang memasuki ke Sarawak menjelang pilihan raya negeri tahun itu.

Berdasarkan komen di media sosial, pengguna Facebook mengkritik Tan kerana bersikap sombong dan tidak mengikuti protokol keselamatan di lapangan terbang.

"Saya beritahu pegawai polis bahawa tidak mengapa jika kami tak boleh masuk dan berjumpa dengan pegawai imigresen. Namun saya berharap dapat bercakap dengan mereka melalui telefon di kaunter.

"Saya tunjukkan kad kuasa bagi buktikan identiti. Lapangan terbang Kuching berada di kawasan Stampin dan saya adalah wakil rakyatnya.

"Ketika itu saya hanya mahu menjalankan tugas untuk berbincang dengan pegawai bertugas," katanya.

Bagaimanapun Julian berkata, dia tidak terkejut berhubung kemunculan semula video itu.

Katanya, kini sudah tiba masanya untuk semua pihak 'move on' mengenainya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment