Polis tolong jaga bayi
HYDERABAD - INDIA. Sekumpulan anggota polis di Hyderabad dilihat menjaga seorang bayi berusia enam bulan ketika ibunya sedang menduduki peperiksaan.
Ia adalah kali kedua dalam tempoh seminggu yang menyaksikan anggota polis Telengana menjadi 'penjaga bayi'.
Ibu bayi tersebut yang berhasrat untuk menyertai pasukan polis dilaporkan menyerahkan anaknya sebelum dia memasuki Pusat Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Telangana pada Ahad.
Empat anggota polis yang ditugaskan di pusat peperiksaan itu tampil mahu memberi bantuan selepas bayi terbabit menangis sejurus ditinggalkan ibunya di luar dewan.
Salah seorang daripada mereka turut mendukungnya manakala rakannya memberikan botol susu kepada bayi tersebut.
"Kami terdengar bayi lelaki itu menangis sekuat hati dan wanita yang menjaganya gagal mengawalnya. Jadi, kami cuba menenangkannya," kata konstabel Diwarkar.
Pada minggu lalu, seorang anggota polis di Telangana juga menjadi penjaga bayi berusia empat bulan ketika ibunya mengambil peperiksaan di Mahbubnagar malah gambarnya memeluk bayi tersebut menjadi tular di internet. - NDTV
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment