PM perlu kaji kedudukan Mujahid
PASIR MAS - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disaran supaya mengkaji semula kedudukan Datuk Dr Mujahid Yusof sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam.
Naib Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan itu bertepatan dengan beberapa kenyataan Mujahid yang dilihat telah menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam di negara ini.
"Polemik ini dapat dilihat sejak Kerajaan PH memimpin pusat dan Ahli Parlimen Parit Buntar itu telah mengeluarkan empat kenyataan mengelirukan.
"Bermula isu Hifz al-Din (menjaga agama), isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), juga isu Dr Zakir Naik dan terbaharu khalwat," katanya.
Terdahulu, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas meluangkan masa menziarahi mangsa kebakaran di Kuarters Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kampung Kubang Terap di sini.
Menurutnya dalam isu khalwat, beliau melihat apa yang dilaporkan pihak media adalah daripada pemahaman jelas berhubung kenyataan dikeluarkan oleh Naib Presiden Amanah itu.
Katanya, sekiranya kenyataan itu tidak benar Pemuda Pas mencabar Mujahid menyaman media berkenaan.
Ahmad Fadhli berkata, tindakan itu bagi membersihkan nama Muhajid sekiranya perkara tersebut tidak benar.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment