Guan Eng bidas pihak persoal kelayakan Anwar bertanding

Monday, October 8, 2018

Guan Eng bidas pihak persoal kelayakan Anwar bertanding

Guan Eng bidas pihak persoal kelayakan Anwar bertanding

PORT DICKSON - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menempelak tindakan beberapa pihak yang mempersoalkan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di PRK Parlimen Port Dickson.

Menurutnya, Yang Dipertuan Agong sudah memberikan pengampunan penuh kepada Anwar namun masih ada pihak mempertikaikannya.

Beliau turut menasihatkan pengundi Port Dickson tidak terpedaya dengan kenyataan dikeluarkan lawan Anwar terutamanya melibatkan kelayakan Presiden PKR tersebut.

“Janganlah termakan dengan apa dikatakan orang lain termasuklah mempersoalkan kelayakan Anwar bertanding.

“Agong pun dah ampunkan, apa nak kata lagi? Takkanlah nak persoalkan kuasa Yang Dipertuan Agong. Tolonglah…

“Fokuslah pada isu-isu rakyat, orang Port Dickson dan masa depan negara,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Mega Mahathir - Anwar, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Guan Eng turut membidas tindakan pemimpin terdahulu yang masih tidak mengaku hutang negara mencecah RM1 trilion.

Menurutnya, mereka terus berselindung di sebalik takrifan rasmi dan beliau menganggap tindakan itu hanyalah seperti menipu diri sendiri.

“Tak mengaku sebab tak kira jaminan tapi bila ambil kira jaminan hutang, itu lain kira. Janganlah berselindung di belakang takrifan rasmi, ini hanya tipu diri sendiri saja.

“Kita tak mahu tipu rakyat sebab rakyat dah lama kena tipu. Wang yang ditinggalkan kepada kerajaan baru hanya berjumlah RM450 juta.

“Macam mana kerajaan persekutuan boleh jalankan tugas dengan RM450 juta? Itu sebab setiap bulan saya peluh-peluh cari duit bayar gaji dan pencen,” ujarnya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment