"Temu bual ringkas diadakan sebagai sebahagian daripada proses pelepasan imigresen. Rekod kami menunjukkan beliau berlepas dari Singapura 16 minit kemudian," ICA dipetik sebagai berkata oleh The Straits Times.
ICA dilaporkan sebagai berkata editor 'Sarawak Report', sebuah laman sesawang pemberi maklumat ' itu memasuki Singapura pada Jumaat.
Sarawak Report memuatkan dalam halaman Facebook bertarikh 15 Sept bahawa Rewcastle-Brown 'ditahan sebentar' di Singapura selepas pelancaran buku beliau di sini.
"Rupa-rupanya 'seseorang' telah menyenaraihitamkan beliau pada 2016, bagaimanapun pihak berkuasa Singapura bingung tentang sebab nama beliau disenarai hitam. Selepas memberi penjelasan pembabitannya dalam skandal 1MDB, mereka berjabat tangan dan beliau dibenarkan pergi," menurut catatan itu.
Sementara itu, TODAY melaporkan wartawan penyiasat warga Britain mungkin membawa perkara itu kepada Suruhanjaya Tinggi Britain di Singapura.
"Ini atas nasihat pihak berkuasa di Singapura," Rewcastle Brown dipetik sebagai berkata.
Beliau berada di sini pada Jumaat untuk pelancaran 'The Sarawak Report', buku nukilannya yang mendedahkan bagaimana beliau membongkar skandal dana syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - BERNAMA
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment