Pindaan senarai barangan beri kesan pada cukai yang dikutip

Monday, September 3, 2018

Pindaan senarai barangan beri kesan pada cukai yang dikutip


PUTRAJAYA: Sebarang pindaan ke atas senarai barangan yang dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (SST) akan beri implikasi terhadap kutipannya, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Katanya, implikasi terhadap kutipan cukai itu mungkin besar atau kecil.
“Sudah tentu sebarang pindaan ke atas senarai barang akan beri implikasi kepada cukai yang dikutip.

“Sama ada implikasi itu besar atau kecil bergantunglah,” katanya pada sidang media khas di pejabatnya hari ini.

Pada sidang media itu Guan Eng turut mengumumkan bahawa semua makanan laut tidak akan dikenakan SST berkuat kuasa serta-merta.

BERITA LANJUT MENYUSUL

sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment