Pelajar politeknik maut nahas dua kereta
MERSING - Seorang pelajar poliÂteknik maut selepas kenderaan dinaiki terlibat kemalangan memÂbabitkan dua kereta di KM71 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran pejabat Risda, petang semalam.
Kejadian kira-kira jam 7.40 petang itu menyebabkan mangsa, Mohamad Firdauz Faizal, 18, maut di lokasi kejadian.
Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi, Mohd Rafie Mohd Nor berkata, pihak bomba dengan kekuatan tujuh anggota dan sebuah jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kejadian itu.
Menurutnya, kemaÂlangan membabitkan dua Proton Saga di mana satu datang dari arah Kota Tinggi ke Mersing manakala sebuah lagi datang dari arah Mersing ke Kota Tinggi.
âMangsa yang meninggal dunia menaiki Proton Saga bersama tiga rakannya diperÂcayai perjalanan dari arah Kota Tinggi ke Mersing untuk balik ke politeknik.
âDalam kejadian itu tiga rakannya turut cedera di mana pemandu kenderaan tersepit dan berjaya dikeluarÂkan dengan bantuan pihak bomba selepas kira-kira 20 minit operasi dilakukan.
âKetika sampai kesemua mangsa termasuklah empat mangsa cedera dari sebuah lagi kereta terlibat kemaÂlangan sama telah dibawa keluar oleh orang awam,â katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan mangsa merupakan pelajar politeknik berusia 18 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment