Hak milik kekal rugikan negeri
IPOH - Gagasan Melayu Perak (GMP) berpandangan pemberian hak milik kekal tanah kepada penduduk sebagai tindakan yang merugikan kerajaan negeri sendiri.
Presidennya, Datuk Mohamed Razali Khalid berkata, sumber pendapatan negeri sebenarnya terhad dan salah satu pendapatan yang membantu ada hasil cukai tanah.
Beliau berkata, pemberian hak milik kekal tanah itu juga akan menyebabkan 'land bank' bagi negeri ini akan merosot.
"Dari segi sejarah, tempoh pemilikan tanah secara pegangan bebas dan pegangan selama-lamanya adalah amalan pentadbiran British semasa era penjajahan. Selepas merdeka, kerajaan persekutuan Malaysia di bawah Perkara 91 Perlembagaan Persekutuan diberi kuasa menubuhan Majlis Tanah Negara (MTN).
"Oleh yang demikian, GMP dengan tegas mengambil posisi menyokong sepenuhnya kenyataan yang dibuat Menteri Besar Perak semasa menggulung perbahasan ketika sidang Dun lalu bahawa pemberian hak milik pegangan bebas bertentangan dengan undang-undang," katanya dalam sidang media, di Pejabat Norali & Co, Taman Ipoh, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas polemik mengenai pemberian hak milik kekal tanah seperti yang termaktub dalam manifesto Harapan Perak.
[Artikel berkaitan:Tiada hak milik kekal kampung baharu di Perak]
[Artikel berkaitan:Exco pertikai kenyataan MB Perak]
Mohamed Razali berkata, kerajaan negeri juga berhadap masalah untuk membangunkan sesuatu kawasan yang sudah diberikan hak milik kekal kerana terpaksa membayar pampasan tinggi.
Menurutnya, GMP sedia membawa isu itu ke mahkamah untuk mendapatkan justifikasi bahawa tindakan itu tidak sah di sisi undang-undang jika ia diteruskan seperti mana dilakukan sebelum ini pada tahun 2008.
"Untuk pengetahuan, GMP pada ketika itu (tahun 2008) sudahpun memulakan prosiding mahkamah demi untuk mengisytiharkan keputusan Kerajaan Perak sekitar tahun 2008 adalah bertentangan dengan peruntukan Kanun Tanah Negara.
"Tetapi kita tidak teruskan prosiding itu selepas kerajaan selepas itu menghentikan pemberian hak milik kekal tersebut," katanya.
Mengenai cadangan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu untuk mengadakan bengkel bagi membincangkan perkara itu, Mohamed Razali mengalu-alukan usaha tersebut.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment