Minyak petrol jadi hadiah perkahwinan
TAMIL NADU - INDIA. Sekumpulan pemuda di Tamil Nadu memberikan minyak petrol sebagai hadiah perkahwinan rakan mereka.
Saluran berita Puthiya Thalaimurai menyiarkan video klip menunjukkan pasangan pengantin baharu berkenaan sedang meraikan tetamu yang hadir ke majlis mereka apabila sekumpulan pemuda yang juga rakan pengantin lelaki tampil menghadiahkan lima liter minyak petrol kepadanya.
Pemberian tersebut disambut dengan gelak ketawa namun ia tetap diterima.
Menurut salah seorang rakan pengantin, minyak petrol dianggap komoditi bernilai tinggi yang layak dijadikan sebagai hadiah.
Harga minyak petrol mencecah Rs. 85.15 (RM 4.86) seliter di Tamil Nadu, antara yang tertinggi di negara itu.
Cukai ke atas petrol dan diesel yang meliputi lebih satu pertiga harga bahan api runcit adalah antara sumber pendapatan terbesar kerajaan.
Kerajaan lalu biasanya menurunkan cukai itu meskipun harga minyak antarabangsa melonjak tetapi ini tidak dilakukan kerajaan nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.
Kenaikan harga tersebut turut mencetuskan bantahan besar-besaran di seluruh India. - NDTV
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment