Edan Syah pecah rekod dunia acara maraton
PELARI maraton dari Malaysia, Edan Syah berjaya mencatat rekod baru dunia bagi larian maraton terpantas bagi kategori memakai kostum bendera kebangsaan, dengan catatan masa 2 jam 54 minit di Festival Larian Sdyney, Australia, semalam.
Memetik laporan Astro Awani, catatan tersebut jauh lebih pantas daripada sasaran yang ditetapkan olehnya sendiri atau nama sebenarnya Mohd Syahidan Alias iaitu 3 jam 29 minit.
Malah catatan yang dibuat Edan mendapat pengiktirafan Guinness World Record selepas memecah rekod terdahulu, 3 jam 45 minit.
Edan mengenakan pakaian Jalur Gemilang yang direka khas oleh pereka tempatan yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Guinness World Records yang menyerupai âbendera manusiaâ sepanjang larian sejauh 42.2 kilometer itu.
Anak jati Kuala Terrengganu itu merupakan seorang pelari bebas yang menanggung sendiri sepenuhnya perbelanjaan bagi misi memecah rekod dunia itu dan hanya mendapat tajaan AirAsia bagi tiket penerbangan ke Sydney.
Sementara itu, memetik laporan Berita Harian beliau turut berkongsi kejayaannya, dia pada awalnya mengakui agak bimbang sebelum marathon bermula kerana cuaca agak sejuk dan berangin.
"Saya sangat gembira dan bangga kerana berjaya menamatkan larian marathon ini, sekali gus memecahkan Guinness World Record.
"Kejayaan ini juga adalah hadiah yang saya hadiahkan kepada seluruh rakyat Malaysia sempena Hari Malaysia.
"Walaupun tidak memenangi sebarang wang tunai atau hadiah, pengalaman dan kejayaan yang saya peroleh hari ini akan saya kenang sepanjang hayat," katanya.
Tidak mahu kejayaan itu terhenti di situ saja, Edan mempunyai harapan yang besar pada masa akan datang dalam bidang larian marathon.
"Saya mempunyai perancangan untuk bertanding di New York Marathon pada November ini dengan matlamat untuk menamatkan kesemua enam World Marathon Majors di bawah 3 jam.
âWorld Marathon Majors ini termasuklah marathon di Berlin, London, Boston, Chicago dan Tokyo. Saya berharap akan terus bersemangat dan berlatih dengan lebih baik lagi untuk meningkatkan prestasi marathon saya ke peringkat lebih tinggi," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment