Kerjasama Pas-Umno tak jejas MIC
SHAH ALAM - Kerjasama antara Pas dan Umno tidak memberi sebarang kesan kepada parti komponen BN terutamanya MIC.
Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran berkata, secara prinsipnya, kerjasama itu tiada kesan negatif.
"Selagi mana kerjasama itu tidak menjejaskan perjuangan MIC terhadap kaum dan agama Hindu," katanya kepada Sinar Harian.
Selasa lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin sebarang keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti berhubung kerjasama dengan Umno akan diterima anggota parti akar umbi.
Katanya, kerjasama antara Pas dan Umno akan diteruskan sekiranya ia membawa lebih banyak kebaikan kepada Islam dan orang Melayu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas yakin ahli terima kerjasama dengan Umno]
Semalam, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia mengadakan pertemuan dan sesi dialog bersama MCA bagi memberi penjelasan berhubung dasar parti.
Katanya, parti komponen BN tidak perlu bimbang terhadap perjuangan Pas kerana mereka bukan parti ekstremis.
[ARTIKEL BERKAITAN: MCA usah bimbang, Pas bukan ekstremis]
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment