Identiti pemberi maklumat dirahsiakan: Mohd Khalil
KOTA TINGGI - Sebanyak 118 maklumat berjaya dikumpulkan Polis Johor sepanjang program Info Cyclist Tour di daerah Kota Tinggi yang berlangsung selama tiga hari berakhir semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, jumlah berkenaan melibatkan 48 maklumat kes dadah diikuti jenayah, 40 aduan dan 20 lagi kes trafik.
âSetiap maklumat diterima ini kita cuba selesaikan. Melalui program ini juga kita mahu masyarakat mampu untuk menggapai polis pada bila-bila masa.
âJika nak tunggu orang datang ke balai untuk dapatkan maklumat amat sukar, orang tak nak datang melainkan mereka yang mahu membuat laporan polis.
âBila kita pergi buat âengagementâ secara terus kepada masyarakat kita rasakan mereka lebih mesra. Ini kita namakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor menggapai masyarakat,â katanya pada sidang media selepas merasmikan penutupan program Info Cyclist Tour di Kampung Lukut, semalam.
Mohd Khalil berkata, menjelang suku akhir tahun, polis Johor perlu bekerja lebih keras kerana beliau tidak mahu menjelang cuti persekolahan, tamat peperiksaan akhir tahun indeks jenayah meningkat.
Katanya, oleh demikian melalui aktiviti mendekati masyarakat itu polis dapat menggerakkan minda masyarakat mulai sekarang.
âKita tahu ramai yang merancang untuk bercuti hujung tahun ini. Jadi mereka kena fikir apakah percutian mereka dan bagaimana nak maklumkan kepada pihak polis.
âPolis tiada pilihan melainkan perlu melakukan aktiviti mendekati masyarakat seperti ini pada masa kini. Kalau masyarakat tak bagi maklumat, polis pula tak boleh berada di semua tempat. Jadi polis memang memerlukan maklumat dari masyarakat bagaimanapun pemberi maklumat usah bimbang kerana identiti mereka dirahsiakan,â katanya.
Terdahulu, seramai 220 peserta terdiri daripada anggota polis dari seluruh IPD dalam Johor diketuai Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah menyertai kayuhan sejauh 209km yang berhenti di lima lokasi sepanjang ia berlangsung.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment