Adik hilang dah empat bulan..
DUNGUN - Seorang abang meminta bantuan orang ramai untuk mengesan adiknya, Nik Sabri Nik Muhamud, 38, yang tidak pulang ke rumah sejak empat bulan lalu.
Lelaki tersebut keluar dari rumah keluarganya di Kampung Padang Ping seminggu sebelum sambutan Aidilfitri dan gagal dikesan ahli keluarga sehingga sekarang.
Abangnya, Nik Othman Nik Muhamud berkata, adiknya keluar rumah dengan menunggang basikal bewarna biru.
Katanya, adiknya yang mengalami masalah gangguan perasaan itu memaklumkan ingin keluar mencari kerja.
"Ketika keluar dia tidak beritahu mana nak cari kerja.
"Sebelum ini juga dia pernah keluar dari rumah dengan alasan mencari kerja.
" Dalam kes sebelum ini, memang keluarga ada membuat laporan polis tetapi dia pulang semula ke rumah," katanya.
Katanya, adiknya itu tidak dapat dihubungi melalui telefon dan tiada siapa tahu di mana lelaki itu sekarang.
"Dia hilang sejak Jun lalu dan sehingga sekarang tiada khabar berita.
"Kami berusaha mencari tetapi menemui jalan buntu.
"Kami bimbang tentang keselamatannya dan memohon bantuan orang ramai untuk sama-sama mengesannya," katanya.
Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki ini boleh hubungi Balai Polis Jerangau di talian 03-8384122 atau ahli keluarga mangsa di talian 011-17970043.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment