Skip sarapan, ketahui kesannya
ACAPKALI kita dengar bahawa sarapan adalah salah satu rutin yang penting dalan kehidupan seharian, tetapi malangnya seringkali kita abaikan perkara ini dan telah menjadi amalan kebiasaan setiap hari.
Perkara ini berlaku mungkin disebabkan kebiasaan atau mindset bahawa bersarapan jarang membuka selera berbanding dengan makan tengah hari atau makan malam.
Faktor-faktor lain seperti: tidak sempat sediakan makanan kerana ingin bergegas ke tempat kerja atau ingin menghantar anak ke sekolah. Segelintir daripada kita juga sering memberikan alasan hadapi sakit perut jika bersarapan kerana ia luar daripada tabiat kebiasaan yang dilakukannya dalam kehidupan seharian.
Secara umumnya, antara waktu yang ideal bersarapan adalah dua jam selepas bangun dari tidur atau sebelum 10 pagi. Alaslah perut dengan mengambil makanan yang sihat sebelum memulakan pekerjaan seharian.
Ini kerana setelah bangun dari tidur, kadar gula dalam darah seseorang akan berkurangan dan akan mempengaruhi tahap tenaga seorang manusia. Pada waktu malam, tubuh badan manusia tidak banyak bergerak, tidak makan dan minum malah pada waktu tersebut, tubuh badan kita banyak bekerja dan memperbaiki sel-sel badan.
Ini adalah salah satu punca seseorang individu bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan, terutamanya bagi anak-anak yang masih bersekolah.
Dari perspektif agama juga, Islam amat menitikberatkan tentang kesihatan sebagaimana disebut dalam Hadis Riwayat Bukhari yang bermaksud âSesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.â
Hilang fokus dalam pembelajaran
Pensyarah Kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia, Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, berkata bersarapan amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama di bahagian otak. Tanpa sarapan, tubuh badan seseorang, khususnya anak-anak akan mudah letih dan hilang fokus dalam pembelajaran mereka dan ini juga akan mempengaruhi keputusan yang mereka peroleh nanti.
Tanpa kita sedari, fakta telah mengatakan kanakâ"kanak sebenarnya memerlukan 1,500 kaori dalam satu hari persekolahan iaitu jumlahnya sama yang diperlukan untuk mendaki gunung atau berenang sebanyak 50 pusingan. Ini bermakna anak-anak memerlukan sarapan untuk membekalkan tenaga yang banyak, di samping untuk meningkatkan lagi metabolisme badan mereka.
Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk menjadi contoh yang terbaik dengan mengamalkan sarapan sihat dengan anak-anak.
Dr Barakatun tidak menafikan ada kanak-kanak yang enggan makan pagi seperti peribahasa âalah bisa tegal biasaâ, namun sebagai ibu bapa kena bijak menanganinya secara perlahan-lahan. Ibu bapa perlulah menghidangkan makanan kesukaan mereka dengan cara yang berkhasiat dan haruslah kreatif dalam masakan supaya anak-anak merasai nikmat dan tidak tinggal waktu sarapan.
Cegah obesiti
Masalah obesiti di Malaysia saban hari meningkat setiap tahun. Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHSM) 2011 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada tahun sebelumnya menunjukkan satu daripada lima orang dewasa di Malaysia menghidap penyakit diabetes dan mendapat tempat keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti.
Segelintir masyarakat di negara kita, secara umumnya tidak tahu cara pemakanan yang betul. Mereka menganggap dengan cara tidak mengambil sarapan akan boleh mengurangkan berat badan mereka. Fakta mengatakan bahawa jika individu tersebut tidak bersarapan akan menyebabkan dua kali ganda kemungkinan akan naik berat badan.
Ini akan menyebabkan pelbagai penyakit yang akan datang. Sebagai penyelesaiannya, masyarakat haruslah cakna dengan mengambil tindakan akan kepentingan sarapan yang berkhasiat dan haruslah mempelajari ilmu pemakanan dengan cara yang betul.
* Penulis ialah penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment