Potret piza bintang bola sepak

Thursday, July 5, 2018

Potret piza bintang bola sepak

Potret piza bintang bola sepak

ST PETERSBURG - RUSIA. Sebuah restoran di St Petersburg di Rusia turut terkena tempias demam Piala Dunia 2018 yang mana ia menyajikan piza menampilkan wajah beberapa bintang terkemuka bola sepak.

Kafe HopHead Tap Room menjadi tumpuan selepas ia menghasilkan 'potret boleh dimakan' yang memaparkan wajah penyerang pasukan kebangsaan Uruguay, Luis Suarez.

Selain itu,  wajah kapten pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo turut dihasilkan chef Valery Maksimchik dan menjadi menu pilihan kebanyakan pelanggan. 

Menurutnya, setiap potret piza itu mengambil masa hampir dua jam untuk dibuat termasuk proses memotongnya.

Doh piza tersebut bagaimanapun perlu dimasak terlebih dahulu sebelum proses stensil dilakukan dan keju mencair mengikut potongan dibuat.

"Kerja utama saya adalah pizzaiolo (membuat piza). Ini adalah hobi dan memberi kepuasan kepada saya," ujarnya.

Difahamkan, Maksimchik berjanji untuk menghasilkan potret piza setiap pemain Rusia jika pasukan terbabit memenangi Piala Dunia pada tahun ini. - al-Arabiya
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment