Peraih langgar dua syarat

Thursday, July 5, 2018

Peraih langgar dua syarat

Peraih langgar dua syarat

KOTA BHARU - Bukan sahaja tidak mendapatkan kebenaran untuk berkahwin dengan kanak-kanak berusia 11 tahun, malah peraih getah dari Gua Musang tersebut turut tidak mendapat kebenaran berpoligami.

Ketua Pendakwa Raya Syarie negeri, Zaini Sulaiman berkata, beliau sudah menerima kertas siasatan lengkap berkaitan kes berkenaan dan tidak menolak kemungkinan untuk melakukan pendakwaan terhadap Che Abdul Karim Che Hamid, 41, atas dua kesalahan.

“Dia boleh didakwa atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran dan berkahwin tanpa kebenaran mengikut Seksyen 23 iaitu Kebenaran Berpoligami dan Seksyen 19 iaitu Kebenaran Perlu Sebelum Akad Nikah.

“Saya perlu meneliti kertas siasatan yang dibuat oleh pegawai dengan lebih lanjut terlebih dahulu untuk sebarang keputusan pendakwaan,” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Jabatan Pendakwaan Syariah Kelantan, hari ini.

Kisah perkahwinan pasangan terbabit yang bernikah di Selatan Thailand pada Aidilfitri keempat lalu tular apabila isteri kedua Che Abdul Karim memuat naik foto pernikahan suaminya di laman sosial Facebook.

Berikutan penularan berita itu, pengguna laman sosial daripada pelbagai lapisan masyarakat mengkritik tindakan Che Abdul Karim kerana bernikah dengan kanak-kanak dan berpendapat ia tidak sepatutnya berlaku.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment