Najib failkan saman terhadap Tommy, Mohd. Shukri dan Amar Singh

Friday, July 6, 2018

Najib failkan saman terhadap Tommy, Mohd. Shukri dan Amar Singh


Menurut laporan Reuters hari ini, dua lagi individu ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Tiga saman itu difailkan minggu lalu, namun maklumat mengenai perkara tersebut hanya didedahkan kepada Reuters, kelmarin.

Menurut Badrul Abdullah yang mengetuai firma guaman mewakili Najib, saman itu dibuat berdasarkan beberapa kenyataan oleh tiga individu tersebut sebelum ini.

"Kami mahu mendapatkan keputusan mahkamah tentang sama ada terdapat unsur-unsur konflik kepentingan antara individu yang mengendalikan kes ini atau tidak," katanya kepada Reuters. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment