'Tak mampu bayar kos pembedahan'
KUALA NERANG â" Seorang pekerja restoran makanan segera dari Taman Seri Tampoi di sini merayu sumbangan dari orang ramai bagi membiayai pembedahan jantungnya bagi meneruskan kehidupan.
Menurut Muhammad Azrin Che Sulaiman,30, dia kini mengharapkan sumbangan orang ramai kerana tidak mampu membiayainya selepas melakukan pembedahan kali pertama pada 2010 lalu.
Katanya, sakitnya mula dikesan sejak kecil lagi dan tetapi selepas melakukan pembedahan penyakitnya sudah mulai sembuh.
âBagaimanapun pada awal tahun lalu saya mulai merasa demam dan pitam hingga pergi merujuk kepada doktor. Pada mulanya saya menganggap seperti demam biasa sahaja tetapi selepas menjalani pemeriksaan doktor memaklumkan injap jantung saya sudah bocor.
âKeadaan bertambah serius lagi apabila paru-paru juga turut dijangkiti kuman dan ini menyebabkan saya sering susah untuk bernafas seperti biasa.Ini menyebabkan saya tidak boleh melakukan kerja berat kerana menjejaskan saluran pernafasan saya,â katanya .
Menurut Muhammad Azrin, selepas menjalani pemeriksaan doktor mengesahkan bahawa beliau terpaksa menjalani sekali lagi pembedahan pada 27 Ogos ini di Institut Jantung Negara (IJN).
âDi mana saya akan mencari duit sebanyak RM50,000 bagi membiayai pembedahan itu. Kini pendapatan saya hanya RM800 sebulan sahaja dan sudah pasti bagi memiliki sebanyak RM50,000 bagi membiayai pembedahan pada Ogos tidak mampu memilikinya.
âSemenjak mengalami penyakit ini , anggota badan selalunya bengkak, letih dan kejang hingga kadang kala tidak mampu bekerja dengan masa yang lebih lama. Ini sudah pasti menjejaskan pendapatan saya yang dibayar mengikut jumlah masa bekerja,â katanya.
Menurut Muhammad Azrin, dia juga ingin hidup seperti manusia biasa dengan kehidupan yang jauh dari masalah penyakit seperti yang dihadapinya hari ini.
âSaya hanya sempat hidup sempurna hanya tujuh tahun sahaja dan kemudiannya sentiasa menghadapi pelbagai komplikasi. Oleh itu saya akan berusaha supaya penyakit jantung yang dihadapi ini akan dapat diubati,â katanya.
Bagi mereka yang ingin membantu bolehlah menghulurkan sumbangan kepada Muhamad Azrin bolehlah sumbangkan kepadanya di akaun Maybank 152219042309 atau menghubunginya ditalian 017-4405058.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment