Jumlah tinggi ibu tunggal bukan hanya sebab perceraian
KUALA TERENGGANU - Jumlah ibu tunggal di Terengganu yang direkodkan seramai 32,411 orang dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini bukan hanya membabitkan perceraian semata-mata, sebaliknya ada antara mereka bercerai mati dengan pasangan masing-masing.
Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, selain perceraian hidup dan mati, kes ibu tunggal turut berpunca daripada beberapa jenis pembubaran perkahwinan.
Menurutnya, mengenai jumlah ibu tunggal yang ramai pada usia 51 tahun dan ke atas, kebanyakan mereka sudah memegang status ibu tunggal dalam tempoh lama selepas kematian pasangan dan tidak berniat untuk berkahwin lagi.
âAda juga antara mereka ini, sudah pun berkahwin lain selepas perkahwinan pertama namun bercerai buat kali kedua kerana tiada persefahaman selain campur tangan pihak ketiga sama ada anak-anak daripada pasangan terdahulu atau ahli keluarga yang lain.
âJadi jumlah seramai 32,411 orang itu bukan kerana perceraian semata-mata tetapi kerana beberapa sebab dan jika data itu diambil daripada Yayasan Pembangunan Keluarga, semua ibu tunggal boleh berdaftar di situ,â katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) di sini, hari ini.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat ketika persidangan Dun memaklumkan jumlah ibu tunggal di Terengganu kini mencecah 32, 411 orang sehingga akhir bulan lalu.
Berdasarkan pecahan umur, jumlah ibu tunggal teramai direkodkan pada umur antara 51 hingga 60 tahun iaitu seramai 9,556 orang diikuti lebih 61 tahun (9,528),
41 hingga 50 tahun (6,506), 31 hingga 40 tahun (4,783), 21 hingga 30 tahun (2,010) dan bawah 20 tahun (28).
Mengenai permohonan cerai pula, Wan Mohd Zakri berkata, purata sebanyak lapan permohonan cerai diterima JKST setiap hari membabitkan sekurang-kurangnya satu kes di setiap daerah.
Beliau berkata, ia membabitkan permohonan cerai taklik dan kes perceraian di luar mahkamah dengan tiada kesefahaman antara pasangan menjadi punca utama perceraian.
âBiasanya dalam permohonan, pasangan akan menjadikan tiada persefahaman namun selepas diselidik, timbul sebab-sebab lain seperti faktor kewangan dan campur tangan pihak ketiga,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment