'Nampak simple, tapi sedap'
BALING - Bagi peminat bihun sup, pastikan anda datang ke warung Kak Nora untuk mencuba bihun sup kuning.
Walaupun nampak simple, namun bihun sup dijual Norashikin Idris,36, dari Kampung Charok Gorok di sini sentiasa menjadi pilihan ramai pelanggan.
Menurut Norashikin, warungnya tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan tidak kira muda atau tua.
âJumlah pelanggan ikut hari, tetapi paling ramai waktu cuti sekolah. Paling jauh setakat ni pelanggan dari Sungai Petani.
âPelancong yang ke pusat rekreasi Lata Bayu dan tau warung ni pun akan datang singgah makan,â katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Norashikin berkata, keistimewaan bihun sup berkenaan terletak pada kuah dan sambal.

âAlhamdulillah, ramai yang komen positif. Selalunya pelanggan yang makan di sini akan bawa balik bungkus.
âPelanggan cukup suka rasa kuah dan sambalnya.. sambal ada jenis, satu sambal hitam, satu lagi sambal merah,â katanya.
Berkongsi kisah di sebalik perniagaan berkenaan, warung itu diusahakan bersama suami Rohaizat Mansor, sejak 2013.
âKami usaha pertengahan 2013 dengan jualan bihun sup, laksa dan pisang goreng.
âTetapi dihentikan beberapa bulan kemudian kerana saya ketika itu ada sakit jantung,â katanya.
Katanya, atas masalah itu pada mulanya warung berkenaan tidak dapat dibuka secara konsisten.
âWarung sat buka, sat tutup,.. sampailah pembedahan jantung saya dibuat pada 2016, barulah dapat dibuka penuh sampailah hari ini,â katanya.
Tawar harga murah
Norashikin berkata, semangkuk bihun sup daging dijual pada harga RM3 manakala RM2.50 untuk bihun sup ayam.
âKami letak harga yang murah sebab kampung ini ramai ambil upah menoreh getah. Nak letak mahal-mahal pun tak sampai hati.
âWarung ni dibuka jam 12 tengah hari hingga enam petang setiap Sabtu hingga Khamis,â katanya.
Katanya lagi, masakan itu tidak dipelajari, sebaliknya hanya dengan sekadar mencuba.
âSaya tak belajar daripada siapa-siapa. Cuma masak ikut logik. Tak pernah terlintas pun nak berniaga.
âTapi kawan- kawan yang mai rumah semuanya kata sedap dan tanya kenapa tak jual? Daripada situ datangnya idea berniaga,â katanya.
Selain bihun sup kuning, warung Kak Nora juga menyediakan hidangan nasi lemak kuning, laksa, mi dan Maggi sup, ais kepal milo, ais kacang dan lain-lain.
âMenu lain cukup pelanggan suka ialah nasi lemak kuning. Ada tiga jenis iaitu bilis telur, ikan masin dan telur dan ketiga nasi lemak ayam.
âHarga untuk sebungkus dan sepinggan cuma dijual RM 1,â katanya.
Norashikin berkata, untuk jualan nasi lemak, 10 kilogram beras perlu disediakan setiap kali dijual.
âNasi lemak cepat habis, selain pelanggan, saya dan suami juga perlu sediakan tempahan untuk sekolah dan kilang.
âNasi lemak kuning lain rasanya daripada putih, melekit berbanding nasi lain. Aromanya wangi.
âPelanggan juga selalunya minta sambal lebih, kadang-kadang minta beli sambal saja,â katanya.
Sementara itu, seorang pelanggan, Muhammad Faizal Othman,34, dari Kuala Ketil, berkata, dia terpikat dengan rasa bihun sup dijual.
âNi kali pertama saya cuba memang sedap, kebiasaannya kita rasa bihun sup kedah, tapi walaupun dijual di negeri sama tapi rasanya lain
âJika duk kedah tapi tak mai rasa, rugi sangat. Nasi lemak pun lain daripada lain, mana nak dapat semua ni dengan harga yang murah? Puas hati sungguh mai sini,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment