Shahrul Fadhel pikul tanggungjawab besar
KOTA BHARU - Shahrul Fadhel Mohd Aziz, 38, diberi kepercayaan penuh oleh akar umbi untuk menggalas tugas sebagai Ketua Pemuda Kubang Kerian baharu sesi 2018-2021 setelah umumkan menang tanpa bertanding pada pemilihan hari ini.
Bekas Naib Ketua Pemuda Umno Kubang Kerian itu, satu-satunya calon menawarkan diri untuk bersama-sama dengan kepimpinan baharu di bahagian tersebut bagi mencari penawar demi kelangsungan perjuangan parti itu.
âTerima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada saya. Saya akan gunakan peluang yang ada ini untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti ketika mana kita menghadapi liku-liku dalam perjuangan ini,â katanya kepada Sinar Harian.
Anak muda yang bergiat aktif dalam parti dengan memegang jawatan sebagai bendahari pemuda itu meletakkan cabaran tinggi untuknya dalam memulihkan semangat semua ahli-ahli di bahagian tersebut memandangkan tsunami rakyat pada PRU14 lalu benar-benar menjadi tamparan hebat.
âSaya dan kepimpinan yang ada berusaha untuk memulihkan semangat mereka. Masing-masing perlu tahu dan sedar kita masih belum kalah. Gunalah peluang yang ada ini untuk menjadi pembangkang kolektif bukannya tukang gendang semata-mata. Jadi Umno perlukan ahli-ahlinya terus setia.
âSaya bermula dari bawah, belajar memahami percaturan bersih dalam politik. InsyaALLAH dengan sokongan semua, sokongan anak-anak muda, Umno akan tetap relevan sampai bila-bila dan tidak akan lenyap begitu sahaja. Kita berjuang dengan ikhlas, ALLAH SWT bantu kita cari jalan penyudahnya,â katanya.
Katanya, pengalaman sebagai Naib Ketua Pemuda Kubang Kerian selama sepenggal ditambah pula dengan acuan pemikiran orang-orang lama dalam dunia politik mampu untuk menghidupkan semula sokongan akar umbi yang seterusnya menyalakan obor perjuangan parti.
âMemang di Kubang Kerian kita menanti-nantikan sejarah tercipta buat Umno untuk melakar kemenangan pada pilihan raya. Sama-samalah kita berusaha untuk melihat harapan ini menjadi kenyataan nanti biarpun amat sukar direalisasikan.
âSemangat perjuangan kita tidak boleh terus malap. Anggaplah ini sebagai ujian. Kita sebagai orang muda perlu membaiki keadaan ini dan memberikan semangat kepada kepimpinan yang dipilih di peringkat bahagian untuk membetulkan segala-galanya,â katanya.
Dalam perkembangan lain untuk sayap wanita pula, Datuk Siti Jeliha@Zaleha Hussin kekal sebagai Ketua Wanita Kubang Kerian setelah menang tanpa bertanding.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment