Keputusan pemilihan sayap Umno 5 petang esok
KUALA LUMPUR - Keputusan pemilihan sayap Umno hanya akan diketahui jam 5 petang esok.
Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, setakat jam 12.45 malam tadi, peratusan pengiraan undi yang telah selesai sekitar 45 peratus.
"Manakala masih ada negeri yang masih bermesyuarat iaitu satu bahagian di Perlis, enam di Kedah, Perak, Selangor Pahang, Kelantan dan Sabah.
"10 bahagian di Wilayah Persekutuan , empat di Negeri Sembilan, Melaka dua bahagian dan Johor satu bahagian," katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Menurutnya, ibu pejabat Umno masih menunggu keputusan dihantar kepada pihaknya dan enggan mengulas lanjut punca kelewatan yang berlaku.
"Sebarang keputusan yang berlegar di laman sosial adalah keputusan yang tidak rasmi.
"Saya juga tidak mahu mengumumkan jumlah undian yang diterima calon di setiap bahagiam kerana dikhuatiri akan menimbulkan kontroversi," katanya.
Sementara itu, kedudukan semasa setakat jam 1 pagi menyaksikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mndahului kerusi Ketua Pemuda Umno dengan 21 undi bahagian meninggalkan Mohd Shahar Abdullah di kedudukan kedua dengan 20 undi dan Khairul Azwan Harun di kedudukan ketiga dengan 15 undi.
Bagi kerusi Wanita Umno pula, Datuk Dr Noraini Ahmad memintas Datuk Azizah Dun dengan 34 undi.
Manakala bagi kerusi Puteri Umno pula Datuk Zahida Zarik Khan terus selesa meninggalkan Nor Hazreena Mohamad Hashim dengan 73 undi berbanding sembilan diperolehi pencabarnya itu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment