Rizal KP Umno Rompin baharu

Saturday, June 23, 2018

Rizal KP Umno Rompin baharu

Rizal KP Umno Rompin baharu

KUALA ROMPIN - Bekas Setiausaha Pemuda Umno Rompin, Mohd Rizal Mohd Nor, 35, menang bergaya menewaskan Mohd Herman Awang, 35, dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda, hari ini.

Mohd Rizal memperoleh 144 undi manakala Mohd Herman hanya memperoleh 55 undi.

Bagi sayap Wanita dan Puteri, kedua jawatan tidak dipertandingkan selepas penyandang tidak dicabar.

Jawatan Ketua Wanita disandang Adun Bukit Ibam, Datin Shamsiah Arshad manakala Ketua Puteri, Azlina Azma Mohd Azmi.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment