Persidangan khas caruman KWSP, Ogos ini
KUANTAN - Persidangan khas bagi memperhalusi isu berhubung cadangan pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah akan diadakan 8 Ogos ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beberapa agensi dan jabatan kerajaan berkaitan akan menyertai persidangan khas itu bagi mengkaji dengan teliti aspek teknikal yang menjadi penghalang kepada pelaksanaan cadangan terbabit.
Menurutnya, menerusi persidangan tersebut, ia akan mencari kaedah bagi mengatasi kekangan yang wujud.
âMemang pada 8 Ogos kita akan ada satu conference, discuss and formulate melibatkan KWSP, Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (Perkeso) serta jabatan berkaitan.
âIni bagi mencari jalan terbaik bagaimana hendak melaksanakannya, memang ada beberapa isu teknikal seperti Seksyen 51 Akta KWSP dan Akta Kerja 1955 yang menjadi kekangan dalam hal ini,â katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena program Lawatan Turun Padang Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, hari ini,
Turut hadir Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Kerajaan negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Fazari Salleh.
Dr Wan Azizah berkata, selain itu, pihaknya juga akan kaji cara untuk tangani Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang tidak membenarkan caruman daripada ahlinya dipindahkan.
Jelasnya, pihaknya juga akan minta pandangan Kementerian Kewangan kerana pelaksanaannya juga melibatkan dana kerajaan.
Dalam pada itu, beliau telah pun beberapa kali maklumkan sebelum ini bahawa terdapat beberapa perkara teknikal yang perlu diperhalusi termasuk peraturan KWSP.
âMengikut Seksyen 51 Peraturan KWSP, tidak boleh disentuh caruman yang diberikan suami (11 peratus).
âKetika ini, apa yang ada ialah Skim Persaraan 1Malaysia yang mana suami boleh secara sukarela akan memberi RM250 setahun,â katanya.
Pada 20 April lalu, Pakatan Harapan (Harapan) memperkenalkan dasar skim Pencarum KWSP khas untuk suri rumah bagi mengiktiraf peranan dan perjuangan golongan tersebut sekiranya diberi mandat pada PRU14 nanti.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment