Polis urus suspek bunuh Taman Pelangi lepas Aidilfitri

Monday, June 11, 2018

Polis urus suspek bunuh Taman Pelangi lepas Aidilfitri

Polis urus suspek bunuh Taman Pelangi lepas Aidilfitri

JOHOR BAHRU - Polis Johor akan menguruskan suspek dipercayai dalang pembunuhan kejam seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi di sini, pada Disember lalu, selepas Aidilfitri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kini terdapat beberapa isu dokumentasi sedang diselesaikan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Thailand.

“Antara kita (PDRM) dan Thailand sudah bersetuju, tetapi masih ada urusan dokumentasi yang masih perlu diselesaikan.

“Selepas raya Insya-ALLAH kita uruskan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Op Selamat 13/2018 di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan suspek lelaki terbabit berusia lingkungan 40 tahun akhirnya ditangkap di Thailand selepas diburu selama beberapa bulan.

Suspek ditangkap sekumpulan pegawai polis Thailand di wilayah Chaiyaphum, kira-kira 260 kilometer di timur laut Bangkok pada kira-kira jam 7 pagi pada 29 Mei lalu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment