JBPM semak semula elaun perkhidmatan

Monday, June 11, 2018

JBPM semak semula elaun perkhidmatan

JBPM semak semula elaun perkhidmatan

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang mengusahakan semakan semula elaun skim perkhidmatan bomba yang pada masa ini kadarnya masih rendah berbanding badan beruniform lain.

Ketua Pengarahnya Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya telah menghantar surat berhubung perkara itu kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan minggu lepas.  

“Dalam keadaan langkah penjimatan yang dilaksanakan kerajaan ini kita susun kertas permohonan kita agar sesuai dengan keadaan kewangan negara pada masa kini,” katanya selepas Majlis Pemakaian Tanda Pangkat Ketua Pengarah JBPM, di sini hari ini.

Upacara tersebut disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin di kementeriannya.

Mengulas perkara lain, Mohammad Hamdan berkata, orang awam yang terlatih dan berpengetahuan dalam memberi bantuan ketika situasi kecemasan akan dapat memendekkan tempoh tindak balas.

Sehubungan itu katanya, JBPM sedang bekerjasama dengan komuniti khususnya dengan pasukan  bomba sukarela dan pasukan bomba komuniti kerana mereka adalah yang pertama akan berada di lokasi kejadian.

“Kita percaya  mereka boleh membantu  dalam aspek ‘response time’  melalui tindakan awal untuk memberi bantuan,” katanya. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment