JPJ kesan lapan kesalahan pemandu bas
KUALA TERENGGANU â" Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) Terengganu mengesan sebanyak lapan kesalahan dilakukan pemandu bas dari tujuh buah syarikat yang telah diperiksa menerusi Op Sisih 3/2018 dan Op HRA 2018 yang dijalankan sempena Aidilfitri.
Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, antara kesalahan dikesan ialah positif dadah (dua kes), memandu melebihi had kelajuan (lima kes), guna telefon bimbit tanpa alat bebas tangan (tiga kes) dan keretakan pada cermin bas (lima kes).
Menurutnya, seramai 270 pemandu bas diperiksa dalam operasi yang diadakan bagi tempoh 1 hingga 7 Jun (Op Sisih) dan 8 hingga 24 Jun (Op HRA) bagi meningkatkan tahap keselamatan pada musim perayaan.
âBagi kes pemandu bas yang dikesan positif dadah itu, sampel urin akan dibawa ke makmal manakala bagi kesalahan lain seperti memandu melebihi had laju dan menggunakan telefon bimbit ketika pemanduan akan berdepan tindakan saman.
âBagi kesalahan keretakan cermin bas kita telah minta pemilik bas menukar cermin bas mereka yang retak itu dengan segera atas faktor keselamatan,â katanya ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan bas ekspres dan pelancaran Op HRA 2018 sempena perayaan Aidilfitri di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) disini, semalam.
Abdul Rahman berkata, sebanyak enam kes aktif melibatkan pemanduan melepasi had laju masih dikesan berlaku di kilometer (km) 256.1 dari Kuala Terengganu menghala ke Kuala Lumpur dan km 288.9 dari Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.
âWalaupun kita telah pamerkan amaran di kawasan itu, kesalahan sama masih berulang,â katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, JPJ akan melakukan rondaan dalam tempoh 24 jam dua hari sebelum dan dua hari selepas Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, rondaan selama 12 jam akan dilakukan di sepanjang jajaran Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) di Jabor-Gemuroh, jalan persekutuan dan jalan-jalan utama negeri.
âUsaha ini bagi memastikan kadar kemalangan maut dapat diturunkan sebanyak 10 peratus selan menyasarkan sifar kematian melibatkan bas,â katanya.
Dalam pada itu, katanya, kenderaan berat yang muatannya lebih 7.5 tan (7500kg) tidak dibenarkan berada di atas jalan raya pada 13 hingga 14 Jun serta 23 hingga 24 Jun ini.
Katanya, antara kenderaan termasuk dalam kategori itu ialah lori yang membawa muatan bahan binaan, lori pengangkut rendah, pole trailer, platform trailer, jentera berat beroda dan traktor.
âHanya lori yang membawa muatan barangan keperluan sempena sambutan Aidilfitri seperti sayur-sayuran sahaja dibenarkan dalam tempoh itu. Sekiranya ingkar, kita akan tahan sehingga tamat tempoh larangan,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment